Sunday, September 27, 2009

Camping

Salam semua.

Hari ini baru saja pulang dari camping=jambori. Walaupun ribut sangat kuat, tapi, kami semua berjaya mengharunginya dengan baik.Amazingly, x dengar pom sorg yang mengeluh.Semua orang macam pasrah dan bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin camping dah boleh tukar jdik vamping cz kitorg x tdo dlm khemah tp van!hehe.tu pn sebab khemah kitorg dah runtuh kerna ribut.

Hurmm, aku belajar banyak benda dalam pengalaman kali ni.priceless.Kesungguhan, ketabahan, dan semangat setiakawan..suatu perkara yang sangat penting dalam menghadapi saat2 yang macam ni.Memandangkan aku tak pandai untuk mengungkapkan dalam perkataan, mungkin cukuplah sekadar aku katakan di sini bahawa hari ini aku mengerti mengapa perlunya kita merasa kesusahan..supaya kita menjadi lebih kuat.

Dan untuk menjadi kuat, kita juga perlukan sahabat-sahabat yang kuat, yang turut sama berjuang, menyokong, dan memberi nasihat/menegur apabila kita tersilap. Bukankah ukhuwah itu indah?=)

Kadang2 kita melenting apabila sahabat kita menegur. Kita fikir, mereka nak jaga tepi kain kita. Tapi, cuba kita berhenti sejenak, fikir. Kenapa mereka bersusah payah untuk nasihat kita? Dan harus juga kita ingat, bukan mudah untuk kita keluarkan suara emas utk nasihat org. Bagi aku, satu saja sebabnya. Sebab sayang. Sayangkn sahabat, kita x nak sahabat kita menyimpang jauh....Kerna bila kita sayangkan seseorang, kita sayang kerana ALLAH. dan bila dah kata sayang, kita mesti nak bawa dia bersama ke jalan syurga.


So, dah nampak kan apa makna sahabat?sebabtulah sahabat dan kawan berbeza.Dah tahu sekarang siapa kawan dan sahabat anda?

rethink.

Sekian.

0 comments: