Sunday, September 27, 2009

Camping

Salam semua.

Hari ini baru saja pulang dari camping=jambori. Walaupun ribut sangat kuat, tapi, kami semua berjaya mengharunginya dengan baik.Amazingly, x dengar pom sorg yang mengeluh.Semua orang macam pasrah dan bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin camping dah boleh tukar jdik vamping cz kitorg x tdo dlm khemah tp van!hehe.tu pn sebab khemah kitorg dah runtuh kerna ribut.

Hurmm, aku belajar banyak benda dalam pengalaman kali ni.priceless.Kesungguhan, ketabahan, dan semangat setiakawan..suatu perkara yang sangat penting dalam menghadapi saat2 yang macam ni.Memandangkan aku tak pandai untuk mengungkapkan dalam perkataan, mungkin cukuplah sekadar aku katakan di sini bahawa hari ini aku mengerti mengapa perlunya kita merasa kesusahan..supaya kita menjadi lebih kuat.

Dan untuk menjadi kuat, kita juga perlukan sahabat-sahabat yang kuat, yang turut sama berjuang, menyokong, dan memberi nasihat/menegur apabila kita tersilap. Bukankah ukhuwah itu indah?=)

Kadang2 kita melenting apabila sahabat kita menegur. Kita fikir, mereka nak jaga tepi kain kita. Tapi, cuba kita berhenti sejenak, fikir. Kenapa mereka bersusah payah untuk nasihat kita? Dan harus juga kita ingat, bukan mudah untuk kita keluarkan suara emas utk nasihat org. Bagi aku, satu saja sebabnya. Sebab sayang. Sayangkn sahabat, kita x nak sahabat kita menyimpang jauh....Kerna bila kita sayangkan seseorang, kita sayang kerana ALLAH. dan bila dah kata sayang, kita mesti nak bawa dia bersama ke jalan syurga.


So, dah nampak kan apa makna sahabat?sebabtulah sahabat dan kawan berbeza.Dah tahu sekarang siapa kawan dan sahabat anda?

rethink.

Sekian.

Thursday, September 24, 2009

apabila aku dah senja..

Salam semua.

tadi ke brunswick.macam biasa, klu nak naik tram, kita kena tunggu penumpang2 yang nak turun, turun dulu.kebetulan,pintu tempat aku tunggu tu, penumpang dia seorang perempuan tua. bukan main susah lagi dia nak turun.almaklumla, otot2 kaki dan tangan dah lemah, x sekuat dulu.

hurmmm..mengelamun aku sekejap.terfikir...bagaimana agaknya nanti bila aku dah senja??kulit mengecut, ingatan pun berkurang..kecantikan,pastinya dah hilang(sejak bila cantikk??=p)

tapi,bila difikir2 balik,sempatkah aku menjengah masa tua??entah2..maut menjemput dulu.hurmm,kadang2,susah nak ubah stereotaip=baby,kanak2,remaja,dewasa,tua,mati.kita slalu fikir tua dulu baru mati,kan..kan??padahal,mati tu benda yang pasti.tua tu,belum tentu.

haih..rethink.

p/s:saja nak berkongsi quotation kat bawah.tersentuh hati.



sekian.

Wednesday, September 23, 2009

Syahadat Cinta

Salam semua.

tengok syahadat cinta tadi.urmm..x best sgt,sbb banyak penyelewengan.huahaha.tapi, kesimpulan yang aku dapat buat,lelaki jadi lemah kerana wanita.emm, benarlah bahawa wanita dapat menggoncang iman seorang lelaki.

apa pun, lelaki yang baik,hanya untuk wanita yang baik,dan lelaki yang baik,hanya untuk perempuan yang baik.(insaf......)

semoga diberi kekuatan, untuk menjadi yang terbaik dalam mencari keredhaan Allah.

Sekian.

Tuesday, September 22, 2009

bergelar tunangan orang=)


Salam semua.

x taula knp tiba2 semenjak dua menjak ni seme org cm kecoh sal nak bertunang je??hurmm..seru da sampai..almaklumla,sekarang semua orang da masuk 20-an..agaknya normal kot?

kalau bukan nak bertunang,nak mencari jodoh.hurmmm..maksudnya,nak bertunang jugak,n nak kawin la jugak akhirnya.hurrmmmm..(excited tibe2)

tbe2 aku terpk,knp nak pelik bila orang nak buat benda baik?kan bagus bila hal2 kahwin ni disegerakan?bukankah yang halal itu diredhai ALLAH?

buat rakan2 yang dah bertunang:semoga cepat kahwin dan jodoh kekal dunia akhirat.
yang sedang mencari:carilah yang beriman,semoga cepat dipertemukan jodoh.

Semoga kita semua beroleh berkat dalam mencari jodoh masing2.

p/s:tiba2 teringat quote dlm cite ayt2 cinta,"